Tuesday, November 9, 2010

Epilogue: Takde tajuk

Kring!!!! Kring!!!! Kring!!! (poyo je kan...hhahaha)

Bunyi loceng menandakan telah masuk waktu rehat. Seperti sekolah yang lain setiap pelajar dikehendaki untuk turun ke kantin untuk menikmati sarapan pagi. Ramai pelajar berpusu – pusu menuruni tangga untuk menuju ke kantin yang berada di blok sebelah. Didalam ramai pelajar tersebut, terdapat seorang pelajar perempuan yang kelihatan seakan berat hati untuk turun ke kantin. Dia mempunyai banyak sebab mengapa dia enggan turun.

Dia juga berharap cepat – cepatlah masa berlalu supaya segala bala yang kemungkinan menimpa tidak berlaku. Walaupun terdapat berbagai siri perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada dia, namun dia tetap menguatkan semangatnya untuk pergi ke sekolah dan berkt kesabarannya itu dia baru saja di nobatkan sebagai pelajar terbaik PMR 1997 bagi daerah Petaling Jaya atas kecemerlangannya mendapat 9A dan lima daripada subjek yang diambil yang itu telah mendapat markah 100%.

Dia merenung kosong ke arah kantin yang sudah penuh dengan pelajar – pelajar yang hendak membeli sarapan. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia berpindah. Tapi atas nasihat Cikgu Kamarul iaitu cikgu mata pelajaran Matematik yang menyuruh dia bersabar, dia redha.

Lambat – lambat dia mengheret kakinya ke arah kantin. Bersedialah…desis hatinya. Tahu apa yang akan berlaku padanya nanti.

Freak!!!!!!!” jerit satu suara. Jeritan itu itu kemudiannya dia sambut dengan gelakkan.
Dia tidak mengangkat pun pandangan matanya dari lantai. Dia tahu siapa yang menjerit perkataan tersebut. Here we go again…keluhnya.

“Woi..semua blah..blah…nanti tak cukup dia nak makan..” suara itu berkata lagi.
Kata – kata suara itu disambut dengan sahutan – sahutan dan gelak ketawa sahabat si tuan punya suara itu. Yang mampu dilakukan olehnya adalah diam dan menunggu gilirannya itu membeli sarapan, takkan nak larikan diri, pelajar perempuan tu seorang berani.

Nur is a freak..F..R..E..A..K.. Freak!” ejek suara itu sambil melagu - lagu. Ejekannya itu sekali lagi disambut dengan gelak ketawa dari rakan – rakan si tuan punya suara. Mungkin geram kerana dia tidak memberi sebarang tindak balas terhadap ejekannya.

Setelah membeli sarapan, dia pun berlalu ke port tempat selalu dia duduk seorang diri. Dia bukannya tidak mempunyai kawan. Ada. Cuma dia tidak mahu kawan – kawannya terkena sekali ejekan daripada si tuan punya suara itu. Pernah dulu kawannya, Gina bersama – samanya pergi ke kantin untuk membeli sarapan. Pada mulanya tiada apa yang berlaku, tapi lama kelamaan dia terdengar ejek – ejekan dari si tuan punya suara yang memanggilnya pakwe kepada Gina dan Gina di panggil makwenya. Mula – mula mereka berdua buat tidak peduli, namun kerana kesiankan Gina, dia pun meminta Gina menyertai rakan kelas yang lain untuk sarapan kerana tidak mahu Gina dilibatkan.

Tuan punya suara tu pun satu, bodoh! Dahlah SPM tahun ni. Kononnya pelajar pandai la bajetnya. Walaupun pandai tapi ada bodohnya. Sebab bodohnya tuan punya suara ni ialah dia terlibat dengan geng – geng nakal dalam sekolah ni. Bajet baguslah tu. Tuan punya suara ni bukan handsome pun. Tapi hairan, satu sekolah tergila-gilakan  dia. Ada budak di dalam kelasnya siap bergaduh sampai tarik – tarik rambut dan tudung. Masa itu, dia tak fahamlah kenapa budak berdua itu bergaduh tapi setelah diberitahu oleh Ali, kawan sebelah mejanya barulah dia tahu rupa – rupanya mereka berdua bergaduh kerana tuan punya suara itu. Dia menggeleng – geleng kepalanya tanpa sedar. Budak macam tu pun boleh orang berebut ek?

Dia menghabiskan air minumnya untuk penghabisan. Takut kalau lambat – lambat si tuan punya suara cari pula dia kat sini. Yelah, dia kan dah macam objection of attention si tuan punya suara. Object of joke.

“Irene Irina Habib?” terdengar suara memanggilnya.

Dia mengangkat kepalanya. Cikgu Suraya….eh..Cikgu Kamarul pun ada.
Dia pun menghadiahkan senyum pada mereka berdua. Ditangan mereka berdua terdapat makanan dan minuman. Rupa – rupanya mereka hendak sarapan dengan dia. Ya Allah..terima kasih selamatkan aku hari ini…

No comments: